Rombongan Pencak Silat UTM
![]() |
Pasukan Pencak Silat UTM menginap di Homestay Harmoni, Parit Raja |
SERAMAI 600 pesilat mahasiswa dari dalam dan luar negara termasuk Eropah
akan menyertai Kejohanan Pencak Silat Antarabangsa Piala Timbalan
Perdana Menteri 2012 di pusat beli belah Square One Batu Pahat pada 17
hingga 22 September ini.
Kejohanan tahunan itu anjuran bersama Kementerian Pengajian Tinggi
(KPT), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UHTM) dan Persekutuan Silat
Kebangsaan (Pesaka).
Penolong Naib Canselor UTHM, Prof Ir Dr Amir Hashim Mohd Kassim berkata,
kejohanan edisi ketiga itu turut menerapkan sesi pembelajaran bersama
guru seni silat Melayu asli di sekitar Batu Pahat. “Peserta, terutamanya
dari luar negara seperti Eropah berpeluang mendalami ilmu persilatan
daripada pengamal silat tradisional selain melawat gelanggang silat di
kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan
bermula,” katanya.
Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi
antarabangsa dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium, Brunei,
Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan Vietnam. “Tahun
ini kami meraih sambutan baik dari universiti luar negara berbanding
tahun lalu dengan hanya tiga negara asing mengambil bahagian iaitu
Indonesia, Singapura dan Thailand,” katanya.
“Para peserta, terutamanya dari luar negara seperti Eropah, akan
berpeluang untuk mendalami ilmu persilatan daripada pengamal-pengamal
silat tradisional, di samping melawat gelanggang silat di
kampung-kampung dan Muzium Silat, dua tiga hari sebelum pertandingan
bermula,” katanya pada sidang media di sini semalam.
Katanya Malaysia selaku juara bertahan bagi kategori pengajian tinggi
antarabangsa akan dicabar sembilan negara iaitu Belanda, Belgium,
Brunei, Indonesia, Laos, Singapura, Thailand, United Kingdom dan
Vietnam.
“Tahun ini kita meraih sambutan yang amat memberangsangkan daripada
universiti luar negara berbanding tahun lepas, dengan hanya tiga negara
asing mengambil bahagian iaitu Indonesia, Singapura dan Thailand.
“Ini menunjukkan bahawa kejohanan ini boleh pergi lebih jauh dan KPT
akan mengambil peluang untuk mempromosikan universiti tempatan sebagai
hab pendidikan di rantau ini,” katanya. — Bernama